Wednesday, March 20, 2013

The child in me...


Semalam. balik kerja, suhu badan meningkat.
kepala sakit. tekak sakit. mata sakit.
tolonglah jangan demam.. rayu pada diri sendiri..

Bersihkan diri. perut bersiul kecil. pandang sepi pada kuih atas meja.
tak selera. tadi bukan main sedap aku nengok.
sebab kuih masih berhaba. aku paksa mulut untuk buka. gigi untuk kunyah. lidah untuk telan.
oh! nescafe o' panas satu!! order pada diri sendri..
terkedek kedek jalan, jerang air. cari cawan. capai sudu.
gula. nescafe. tunggu air.
''kalau lah ibu ada kat sini.."

tapp.. butang merah jadi malap. tanda air dah masak.

kalau dulu, jerang air guna cerek. guna gas..
bila dah masak. cerek akan menjerit.. punyalah nyaring. punyalah bingit.
keliling rumah boleh dengar.
aku kat luar. adik dalam bilik. berlari lari terkocoh kocoh berkejar ke dapur.
nak padam gas.

Ibu senyum. dia ada kat sebelah dapur. saja tunggu, tengok kami meluru ke dapur.
"Ibu niee...ada plak tunggu jer kat situ.." ngomel aku sambil padam api gas.
"biar la dia lama sikit. biar garing sket" .. ek..
so, lepas pada tue memang cerek tue akan menjerit lama. sebab.. kami nak air tue garing. hee

Tapi sekarang. mana nak dengar bunyi cerek dah. semua pon pakai elektrik jer.
Bila balik kampung pon dah tak dengar. jarang sangat. Ibu pon da guna termos elektrik.
cerek pon dah mula berhabuk. sian cerek. Tapi yang pasti. kalau nak minum air kopi o' kaw.
Pasti dia akan menjerit kembali. air yang dijerang lebih sedap.

Dah kenyang. makan ubat
Nak nengok tv. bosan. asyik asyik ulang benda yang sama. meluat aku.
masuk bilik. belek handphone. online kejap.
masuk sana. keluar sini.
main game. naik darah aku. sebab asyik kalah.

Badan makin panas. mata da berair. panas sangat neh..
rasa dahi sendri..
"kalau lah Ibu ada kat sini..."

Umur da panjang. tapi bila jer sakit. musti merengek rengek macam budak kecil.
"Ibu..Ibu..."
Bergolek golek atas tilam. bergulung gulung dalam selimut.
tetap merengek rengek.
Dalam pada tue, aku tersenyum sendiri. bila sedar telingkah macam anak kecil.
ketawa kecil. geleng kepala pada diri sendiri.

Lepas tue tetap sambung merengek rengek.
Biarlah! anak kecil dalam diri nak Ibu dia..



2 comments:

Anonymous said...

setuju...masa sakit...ibulah orang pertama yg kita lebih perlukan...aku juga sama...sakit jer sebut mak...mujurlah mak dekat dnegan aku...kasihan kamu. Semoga cepat sembuh dr ujian Allah...

Intanmgm

Iryana said...

cian u.. btol2 demam aritu.. i pun dok btok2 gak ni...

psss...pas ni i nak bg air garingg gk.. hihi