Thursday, October 20, 2011

Slamat Hari Lahir














 20 October 1984, Tuhan turunkan dia ke dunia lewat empat bulan dari aku. Anak yang kedua tapi puteri pertama dalam keluarga. Iryana Mohd Noor.

Jodoh pertemuan aku dengan dia hanya terjadi lapan tahun kemudian. aku dari Johor pindah ke Teluk Bahang, Penang. Jodoh kami kuat, kami berjiran. Geografi T.B nie kecil jer,penghujung Penang, so automatiknyer aku satu skool dengan dia, tapi lain kelas.

Mula-mula tak la rapat sangat, pandang pandang dari jarak jauh. Tak salah aku, start darjah empat aku ngan dia satu kelas. perghhh.. mmg kuat jodoh kami. nak plak lepas tue aku pindah lagi dekat ngan rumah dia. jodoh jodoh. bertuah dia kan?? aahahhhaa

Paling aku takleh lupa, jeritan nyaring dia.. tiap tiap hari akan degar jeritan tuh. time tue aku taulah dia mesti disakat dengan kucing. (penakut kucing dia nie..) bila dia dah menjerit maka tidak lengkaplah jika tidak disertakan sekali dengan ayat ayat yang kurang senang didengari tapi lancar dimulut mulut belia pada waktu itu. Hebatkan sahabat saya!! pernah juga waktu tue aku cuba guna ayat 'bodoh' dalam rumah, tapi sekali kena lumur dengan cili api daa.. Jadi kekaguman aku pada dia berada pada tahap yang tinggi pada ketika itu.. hahahaha

Aku dengan dia sama kelas sampailah ke darjah enam..Dalam bab belajar, dia hebat dalam matematik. cukup hebat bagi aku. aku nie lemah dalam bab kira kira. bila nak UPSR atau ada ujian, confirm mulalah berguru dengan dia. Paling aku suka, kesabaran dia. Soalan bodoh pon dijawab dengan penuh dedikasi. Ibu aku pon kagum betapa sabarnyer dia dengan aku.. Berkat berguru dengan dia dan keberanian aku pulang lewat malam(time tue popular dengan 'hantu botak'..), UPSR aku boleh kata hebat. Terima kasih pada dia.

Masa budak budak, standard la kalau gedik gedik santai tuh, maklumlah hormon tengah naik. heee. tapi aku rasa kami cool jer, tak lebih dan tak kurang. takat takat pandang pandang bermakna tue ada la gak. Klau nak cerita banyak sgt lah, antara tajuk tajuknya... skandal time rehat, rahsia tiga dara dengan ayam tambatan, xcident basikal, cinta guru latihan, cikgu 'air kosong' , burger zinger pertamaku di Looking Good, 'pak halup', 'tepung talam', 'kole' , cinta abang yana... uishhh.. memang banyaklah, kalau nak story satu satu, jenuh ler plak.. nie kira aku kasi hint hint jer la eak..




Bila masuk high skool, aku dengan dia tetap satu sekolah. nak pulak masuk asrama. Tapi kami tak pernah satu kelas(aliran kelas lain), dan kami tak pernah dapat satu dorm. Bila stay asrama, banyak kenangannyer, first year jer asrama puteri dilanda histeria beramai ramai. memang havoc la time tue. semua budak perempuan balik rumah kecuali 7 orang. termasuk ler kami berdua. teror kan?? ahahhh tapi takut jangan cakap laa.. semua dorm penuh dengan beras kunyit. baca Yassin sampai sakit tekak weyy, nak pergi amik air pon dah tak berani. tak lama lepas tue pulak dia orang dapat tahu, dukun yang berubatkan kami tue sebenarnya dah lama mati.. ah! sudah..

Kalu nak cerita pasal kenangan di asrama, melampau banyak neh. Tapi Yana sampai form 3 jer.. selalu sangat nangis teringat kat family. manja ler katakan. Jadi boleh jumpa time sekolah jer, nak pulak family aku time tue pon mmg dah pindah ker Bkt Mertajam. antara memori terindah .. "coklat cadbury", lagu 'erti cinta' nyanyian Camelia (oh! yeahh), 'fsdd' , rahsia nota cinta (OMG!! tak boleh blah yang nie weyyy..) , keracunan makanan..


Bila habis form 5, dia ke ujung Utara, aku ke Selatan.. masing masing ada misi tersendiri. tapi tak pernah lupa. Aku tak pernah cakap pasal nie kot, tapi masa mula mula dlu aku risau giler dengan dia nie, dia nie susah sikit (or maybe banyak) nak mulakan perbualan. lebih kepada lihat dan dengar. risau jugak kot kot dia taknak continue, maklumlah jauh dari family. tapi alhamdulillah. she's turn out to be great over there.




Dalam sedar tak sedar, usia jodoh kami hampir 19 tahun.. Syukur pada tuhan atas jodoh pertemuan ini. Moga moga jodoh ini terus berkekalan hingga akhir hayat kami.





Walau kemana kaki aku melangkah, kau tetap dalam hati aku. Terima kasih sahabat.





Di hari kelahiranmu, ku pohon pada yang Esa agar memudahkan segala urusanmu di dunia dan akhirat. Peliharalah imanmu, kuatkanlah semangatmu, tabahkanlah hatimu, berkhatilah jiwamu. Jauhi dirimu dari hasutan syaitan jantan dan betina.

Pertemukanlah dengan jodoh yang sekufu. Murahkanlah rezekimu.


 

Selamat Hari Lahir Yana.



xoxo

3 comments:

Iryana said...

huhu....~~keterujaan yg melampau~~
haha....~~gelak kkegembiraan~~
hukhuk... ~~nangis keteharuan~~

thanx dear..best sgt2 baca entri ni...entri plg best spnjg ko wat blog..siyes!!!

tapi kan..aku siyes tak taw kes dukun tu..blur~~

Anonymous said...

very sweet entry...Happy Birthday YANA!!!

intanmgm

!eNa PnG said...

WOW!!!

sangat mengujakan... hehehe luv both of u <3



Doakan yg terbaek!